| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Monday 21 February 2011

Realisasikan Impian bersama Sejuta Impian

Pagi tadi, saya menyegarkan minda dengan sarapan berinformasi yang dihidangkan oleh mStar Online dan dalam banyak-banyak berita, cuma satu artikel menarik perhatian saya iaitu "Sejuta Impian" Penuhi Impian Rakyat Malaysia.

Difahamkan, program realiti Sejuta Impian TV3 ini mendapat kerjasama daripada Telekom Malaysia (TM) dan Dana Belia 1 Malaysia ini menawarkan insentif bernilai RM1 juta bagi merealisasikan setiap impian peserta.  Program ini bakal ditayangkan di TV3 sebanyak 20 episod dan bersiaran selama setengah jam bermula 15 Mei ini pada pukul 7.30 malam.
Sumber:  mStar Online

Lebih menarik lagi, kemasukan ke sesi uji bakat program ini tidak meletakkan sebarang kriteria tertentu.  Sesiapa sahaja boleh menyertai uji bakat tersebut, tanpa mengira latar belakang dan status individu, asalkan impian mahupun hasrat yang disarankan berkait rapat dengan pembangunan dan mampu membawa perubahan besar dan kesan kepada masyarakat.

Penyertaan terbuka kepada semua kaum rakyat Malaysia, berusia tidak melebihi 40 tahun. Mereka berumur kurang 18 tahun, harus ditemani oleh ibu bapa atau penjaga ketika hadir di lokasi uji bakat.

Sebagai permulaan sesi uji bakat akan diadakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru pada 5 dan 6 Mac dan Kuantan, Kuching dan Kota Kinabalu pada 12 dan 13 MacLokasi uji bakat di setiap bandar yang terbabit dan kriteria kelayakan untuk sesi uji bakat akan diumumkan kelak.  Bagi yang berminat boleh melayari web rasmi di www.tv3.com.my/sejutaimpian.

Sekiranya, saya mengatakan yang saya mempunyai sebuah impian yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat khususnya kepada golongan wanita yang bergelar suri rumah.   Timbul persoalan "adakah saya cukup YAKIN untuk tampil pada sesi uji bakat tersebut ?"  ^_^




0 comments: