| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Monday 23 May 2011

Saya tidak tahu siapa itu Kenny Sia

Blogger terkenal, Kenny Sia ... Kenny Sia ... Kenny Sia.  Itu nama yang sering disebut-sebut dan menjadi inspirasi dua panel 'Sarawak Bloggers Talk' Cyril Dason dan Willie Esther pada 21 Mei lepas bertempat di Hotel Supreme, Kuching.

Nampak sangat saya tidak peka terhadap perkembangan dunia blogger sehinggakan kisah blogger terkenal ini tercicir dari perhatian saya.  Jadi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai siapa sebenarnya Kenny Sia, keesokan harinya saya cuba google di internet dan ...

Rupa-rupanya nama Kenny Sia memang dikenali ramai sehinggakan menjadi inspirasi kepada kebanyakan blogger di luar sana ekoran kejayaannya mencipta nama serta menjana pendapatan lumayan menerusi blog.  Jadi sekarang saya sudah kenal, siapa itu Kenny Sia walaupun dia tidak akan pernah peduli siapa saya ^_^

Hasil carian google




10 comments:

Unknown said... [Reply]

Pernah baca satu mejalah tentang KennySia sekitar tahun 2007..dan beliau pernah pun comment kat blog saya.itu pun sekali saja hehehe

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@AWANG hehehe ... saya cuma kenal Redmummy.Com saja sbb income blog dia x pernah kurang dr RM10K sebulan.

Fadzmie said... [Reply]

Orang mana KennySia ni? Hehe.

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@Fadzmie Mohamad Hahaha ... ko pun mcm saya, nda kenal dia ka? bah bagus ko pegi google nama dia di internet.

FBS Headmaster said... [Reply]

dulu ja sa suka blog si Kenny... makin lama makin comersial.. makin x mcm blogger sudah... kalau blog x berdasarkan minat dan cuma untuk pendapatan semata-mata... hmmm mcm x best pla blog tu sudah...

Echa said... [Reply]

hoho~
Serius sa pun nda tau siapa dia..
ada jua kwn bha..
hehe..

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@Daniel Chiam saya masih tercari2 lg apa jg yg bikin dia ni famous sgt.

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@echaRierie hahaha ... bah sama2 la kita pegi cari apa jg yg bikin di glemer betul :)

cyrildason said... [Reply]

Skarang kurang menyerlah sudah ba dia.. itulah tu.. dulu pemes. Asia Pasific best blog award lagi tu..

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@cyrildason harap2 kita dpt glemer mcm dia :)