| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Sunday, 1 May 2011

3# Promosikan 'Blog Post' Anda


Mempromosikan blog sememangnya menjadi perkara wajib bagi setiap blogger.  Ia bertujuan untuk menarik lebih banyak trafik ke blog masing-masing menerusi pelbagai cara antaranya menggunakan laman-laman sosial popular seperti facebook dan twitter.

Tugasan hari ini adalah untuk mempromosikan 'blog post' yang dibuat pada cabaran hari kedua iaitu 2# Buat Senarai Tajuk Kemas Kini Untuk Blog AndaFB Sabahan Bloggers | FB We Are Sabahan Bloggermania (WSB) | FB Kelab Blog Walking | Twitter | Digg | FriendFeed | merupakan antara laman sosial yang sering saya gunakan untuk mempromosikan entri-entri terbaru.

Selain itu, saya juga berdaftar sebagai ahli di Sarawak Bloggers | Bloggers.Com | BorneoColours | Blog Malaysia | Laman web komuniti seperti ini turut membantu.  Cara lain yang pada pendapat saya agak berkesan meningkatkan trafik ialah dengan meninggalkan komen serta link pada ruangan komen blog-blog yang dikunjungi.

Teknik lain?  Sedang fikir-fikir untuk digunakan pada masa akan datang.  Anda pula, ada idea  yang boleh dikongsikan tentang bagaimana untuk meningkatkan bilangan trafik sesebuah blog itu?




0 comments: