| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Friday, 20 May 2011

Roti Gulung Sosej

Saya bukannya pandai sangat memasak tetapi saya ni jenis yang suka sangat mencuba dan mengubahsuai resepi sesuatu masakan itu sesuai dengan selera saya.  Tapi, dengan syarat resepi tersebut haruslah ringkas dan bahan-bahannya mudah didapati.  Berikut di bawah saya kongsikan resepi roti gulung sosej yang diadaptasi daripada resepi roti gulung ubi keledek.

Bahan-bahannya: 
10 keping roti
Sebungkus sosej
Sedikit tepung goreng cucur segera
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:  
Biarkan roti semalaman di dalam peti sejuk.  Setelah dibiarkan sejuk semalaman, potong kulit tepi roti kemudian golek roti dengan penggelek sehingga rata dan nipis.  Selepas itu, ambil sosej dan gulungkan.  Boleh dibiarkan panjang ataupun dipotong kepada tiga bahagian.

Panaskan minyak masak di dalam kuali.  Sementara itu, bancuh sedikit tepung goreng cucur segera (Adabi/Nona) untuk menjadikan roti sosej gulung lebih rangup.  Celupkan roti gulung sosej tadi ke dalam bancuhan tepung kemudian goreng sehingga garing.  Angkat dan hidangkan bersama sos cili dan mayonis.  Sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi ataupun sewaktu minum petang.  Selamat mencuba!





0 comments: