| MyGamanBorneo: Eksplorasi Pena & Lensa | Alternatif Gaya Penulisan Bebas Tanpa Batasan |

Sunday 27 March 2011

Kampung Semban: 1# Sebelum Ekspedisi Bermula

Kg Semban, destinasi yang dituju
Kampung Semban merupakan sebuah perkampungan terpencil yang lokasinya terletak di kawasan puncak tinggi pada ketinggian lebih 400 meter dari paras laut di Gunung Kapang Sibanyang, berhampiran sempadan Sarawak/Kalimantan, Indonesia.  Perkampungan yang terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Padawan ini dihuni oleh kira-kira 350  etnik Embhan iaitu salah satu etnik dalam pecahan masyarakat Bidayuh.

Dari kiri: Deckson STB, Uncle Awang, Sagen Adan & Jawlinda
Untuk sampai ke destinasi, ekspedisi yang diketuai oleh Deckson Bundak (STB Tourist Coordinator), Uncle Awang dan saya perlu memasuki kawasan tapak Projek Empangan Bengoh.  Kawasan ini merupakan satu-satunya jalan yang menghubungkan empat buah kampung iaitu Kampung Sait, Kampung Bojong, Kampung Rejoi dan Kampung Semban ke jalan utama di Kampung Bengoh, jika mereka hendak ke Kuching atau daerah lain.  

Sagen Adan
Kehadiran kami di situ disambut mesra oleh Sagen Adan, 52, beliau merupakan salah seorang daripada lima pengusaha pelancongan berkonsep eko pelancongan di Kampung Semban.  Terdahulu, kami terpaksa melalui prosedur pemeriksaan di pos kawalan kawasan  empangan Bengoh sebelum dibenarkan masuk. 

Kedai runcit
Di sini, terdapat satu-satunya kedai runcit yang menjadi tumpuan penduduk empat buah kampung terbabit mendapatkan bekalan keperluan harian yang dijual pada harga berpatutan.

Tempat mengambil & menurunkan penumpang
Selain itu,  kawasan ini juga menjadi stesen perhentian untuk menurunkan dan mengambil penumpang yang terdiri daripada penduduk tempatan dan pelancong.

Rosip Ayau, porter
Sempat juga saya berbual-bual dengan salah seorang penduduk tempatan yang mengambil upah bekerja sebagai porter.  Rosip Ayau, 37, memberitahu beliau mengambil upah mengangkat tong gas dua kali seminggu untuk kegunaan Sekolah Kebangsaan (SK) Semban.  Menurut Rosip, dia akan dibayar sebanyak RM40.00 oleh pihak sekolah untuk satu trip.

Ketua ekspedisi, Deckson STB, 41, tidak ketinggalan cuba menguji kekuatan fizikalnya dengan mengangkat tong gas yang beratnya melebihi 16 kilogram.
Mengangkat bebanan seberat 10 hingga 30 kilogram dan berjalan kaki  berjam-jam lamanya merentasi hutan, mengharungi denai di lereng-lereng bukit yang curam serta meniti jambatan buluh sudah menjadi perkara biasa bagi penduduk di sini.  Malah, golongan wanitanya juga mampu mengangkat beban yang beratnya melebihi 10 kilogram.

Sagen Adan, kemudiannya menunjukkan teknik betul mengangkat bebanan tersebut.
Difahamkan, kampung terdekat iaitu Kampung Sait memakan masa perjalanan selama satu jam berjalan kaki, Kampung Bojong dalam tempoh satu setengah jam dan Kampung Rejoi pula, lebih dua jam. 

Sebelum memulakan ekspedisi, lensa kamera saya sempat merakamkan gambar sepasang suami isteri bersama cucu mereka yang dalam perjalanan pulang ke Kampung Semban.
Manakala dari kampung yang paling jauh iaitu Kampung Semban yang menjadi destinasi utama kami, memerlukan masa empat jam untuk sampai ke tepi jalan utama Kampung Bengoh. 

Itu merupakan rekod masa bagi penduduk tempatan, bagi orang luar seperti kami sudah pasti mengambil masa yang lebih lama iaitu lima hingga enam jam berjalan kaki termasuk masa rehat.  Bersambung ... Nantikan bahagian kedua, hari pertama ekspedisi ke Kampung Semban.



Pautan | Eksplorasi Pena & Lensa Di Kpg Semban | Sebelum Ekspedisi (1) | Ekspedisi Bermula (2) | Keindahan Air Terjun Susukng & Pent (3) | Panorama Di Kampung Semban (4) | Matahari Terbit Di Gunung Kapang (5) | Tembakau Kampung Semban (6) | Pokok Tapang Tertinggi & Terbesar (7) | Bersama Tradisi Yang Bakal Pupus (8) | Selamat Tinggal Kampung Semban (9) |




 

3 comments:

CathJ said... [Reply]

Very interesting!! :)

Jaw @ MyGamanBorNeo said... [Reply]

@CathJ Ya, interesting & challenging.

Unknown said... [Reply]

Saya sangat berterimah kasih banyak kepada MBAH RIJI atas bantuannya saya bisa menang togel,saya benar2 tidak percaya dan hampir pinsang karna anka yang di berikan MBAH 4695 ternyata tembus..!!! awalnya saya cuma coba2 menelpon,saya bilang saya terlantar di propensi sumatra dan tidak ada onkos pulang,mulanya saya ragu tapi dengan penuh pengharapan saya pasangin kali 100 lembar dan ALHAMDULILLAH berhasil,sekali lagi makasih banyak yaa MBAH dan saya tidak akan lupa bantuan dan budi baik MBAH RIJI ,bagi anda yang ingin seperti saya silahkan HBG 082 388 362 128 MBAH RIJI Demikian kisah nyata dari saya tanpa rekayasa.INGAT…kesempatan tidak akan datang untuk ke 2 kaliny